top of page
Writer's picturemuzzein malek

Analisis 300% kenaikan hasil napier

Disini kami ingin berkongsi data dan analisis bagaimana yield napier increase dari 3 tan ke 10 tan untuk plot napier 1A (luas 1 ekar)


Plot 1A yang makin merimbun napiernya


Summary data harvest sebelum:


1 beg 25kg


1st harvest : 115 beg (115 x 25kg = 2.875 Tan)

2nd harvest : 121 beg (121 x 25kg = 3.025 Tan)

3rd harvest : 420 beg (120 x 24kg = 10.5 Tan)


Gambar sebelum 1st harvest


Gambar sebelum 2nd harvest


Gambar sebelum 3rd harvest


Kalau compare gambar diatas, boleh nampak perbezaan ketara dari segi tumbesaran napier dan warna daun. Biasanya kalau napier subur, daunnya akan jadi hijau pekat. Kalau napier yang tidak subur, daunnya akan jadi warna hijau muda/kuning.


Ada 2 cara utama yang kami buat untuk meningkatkan hasil napier di plot 1A ini:


Pertama: Tambah baja tahi ayam.


Tujuan baja tahi ayam adalah untuk menambahkan bahan organik di dalam tanah. Kerana tanah yang subur memerlukan banyak bahan organik kerana microbes dalam tanah yang akan membawa unsur-unsur nutrien yang diperlukan oleh napier dari dalam tanah melalui sistem akar.


Bintik2 putih adalah baja tahi ayam dalam guni


Tak dapat nak cover semua kawasan kerana tak cukup modal untuk beli baja😂😂


Kedua: Tambah baja NPK 15/15/15.


Tujuan baja NPK adalah untuk membekalkan nutrien yang lengkap untuk pertumbuhan akar, daun dan batang napier. Mengikut experiment saya, kalau tak tambah baja NPK lepas harvest, next harvest batang napier akan menjadi kecil. Kalau batang kecil, napier akan jadi kurang berat kerana kebanyakan berat napier ada pada batang dia. Tabur separuh genggam baja NPK pada setiap perdu. 1 ekar memerlukan lebih kurang 75kg baja NPK.


Kami menggunakan baja M Fert, harga RM 65/25kg


Kesimpulannya, baja organik dan baja kimia diperlukan untuk dapatkan yield yang maksimum untu rumput napier. Jangan berkira untuk spend duit beli baja jika ingin mendapatkan yield yang berganda.


Contoh,

kos untuk baja tahi ayam biasanya rm 2 per guni, kita assume 200 guni (200 x rm 2 = rm 400)


dan 75kg baja NPK (rm 65 x 3 = rm 195)


Total rm 400 + rm 195 = rm 595


Spend lebih kurang rm 600 untuk baja1 ekar plot napier setiap pusingan. Kalau ikut harga rm 400 per tan, hanya 1.5 tan napier extra diperlukan untuk cover cost baja. Dalam case study ini, plot 1A dapat extra 7 tan lepas membaja. Sudah cukup untuk cover kos baja dan ada extra hasil lagi.


Guni baja tahi ayam yang ditoreh supaya slow release boleh bertahan selama 6 bulan bersamaan 3 kali harvest, jadi tak perlu topup tahi ayam setiap harvest. Baja NPK yang perlu topup lepas setiap kali harvest. Jadi kos baja per ekar effectively hanya rm 195 per harvest untuk dapatkan hasil berganda.


Harap perkongsian saya dapat membantu rakan-rakan petani sekalian.


Untuk tempahan silaj napier (25kg beg) dan benih napier BTN/CO5 boleh contact:


Boleh follow tiktok Napier Selatan untuk banyak info berkaitan rumput Napier.



1,075 views

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page