top of page
  • Writer's picturemuzzein malek

Benih Napier Apa Nak Tanam?

Updated: Aug 21, 2022

Kami akan share cara memilih benih napier apa nak tanam, pros and cons jenis2 benih napier mengikut pengalaman kami.




Ikut gambar di atas, kita boleh nampak yang napier BTN ternyata lagi subur dan daun banyak berbanding napier India atau napier Pakchong. Tetapi semua ini bergantung dengan keadaan tanah kebun masing2. Macam di kebun kami, memang napier BTN paling ok dari segi kadar pertumbuhan dan ketahanan penyakit. Kami tanam rumput napier ini serentak tetapi boleh nampak beza kadar pertumbuhan antara napier BTN, India dan Pakchong selepas 60 hari masa gambar ini diambil.


Based on this observation, kami hanya akan tanam napier BTN di Phase 2 kebun kami.

Kami jadikan Phase 1 sebagai plot R&D memandangkan kami tidak mempunyai knowledge dan pengalaman menanam rumput napier berskala besar sebelum kami menceburi bidang ini.


Lagi satu observation, boleh kata semua napier Pakchong kami kena penyakit hitam ni, boleh refer gambar di bawah. Ada benih yang boleh lawan penyakit ni dan terus membesar tapi majority benih tak dapat lawan dan jadi bantut dan slow2 mati.


Kami dah bertanya di group FB dan Whatsapp jika ade penanam napier lain yang ade experience handle penyakit ini. Ramai yang cakap ianya normal dan akan hilang lepas napier besar tapi pengalaman kami sebaliknya. Ada yang cakap tak cukup air dan baja tapi rasanya that's not the case dekat kebun kami sebab kami rajin menyiram air guna sprinkler system dan membaja.


Yang peliknya penyakit ini hanya kene dekat benih Pakchong, benih BTN dan India x kena penyakit ini. Ini juga menjadi salah satu faktor untuk kami hanya tanam benih BTN di kebun kami. Maybe tanah kami sesuai untuk benih BTN. Tapi benih BTN memang susah nak dapat dan harganya agak mahal sebab memang berkualiti dan high demand.



1,080 views

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page