top of page
Writer's picturemuzzein malek

Berapa Banyak Benih Untuk Tanam Napier 1 Ekar?

Soalan popular yang selalu kami terima. Disini saya ingin share berapa kg benih napier diperlukan untuk 1 ekar tanah. Semoga bermanfaat kepada semua.


1 ekar tanah = 43,560 kaki persegi

Kalau tanam sistem 5 x 5 kaki, 25 kaki persegi,


mengikut teori,

43,560 bahagi 25 = 1,742.4 perdu


Tolak akses jalan, pondok tempat proses, kita boleh anggarkan jadi 1,500 perdu untuk 1 ekar


1 perdu tanam 3 batang benih(2 ruas 1 benih)


1500 perdu X 3 batang benih,

= 4500 batang benih total


Biasanya 1kg boleh dapat 10-15 batang benih,


Kalau 10 batang benih average per kg,

4500/10 = 450kg benih diperlukan


Kalau 13 batang benih average per kg,

4500/13 = 346kg benih diperlukan


Kalau 15 batang benih average per kg,

4500/15 = 300kg benih diperlukan


Contoh benih yang besar



Contoh benih yang kecil


Saiz benih mainkan peranan penting untuk dapatkan average per kg. Lagi besar benih, lagi sikit average per kg dan sebaliknya.


Jadi sebelum beli benih, lebih baik tanya seller berapa batang benih per kg yang dia jual.

Dari situ kita boleh estimate berapa kg total benih yang diperlukan untuk tanam 1 ekar napier.


Mengikut pengalaman kami, biasanya 350-400kg total benih untuk 1 ekar.


Harap knowledge sharing kami ini dapat membantu

sesiapa yang ingin mula menceburi bidang napier.




Untuk tempahan silaj napier (25kg beg) dan benih napier BTN/CO5 boleh contact:


Boleh follow tiktok Napier Selatan untuk banyak info berkaitan rumput Napier.





1,802 views

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page