top of page
  • Writer's picturemuzzein malek

Berapa berat 1 perdu napier?

Update yang menarik untuk kami share, setelah 80 hari tanam napier BTN dan Pakchong, kami pilih perdu yang paling besar untuk kedua2 jenis benih ini dan harvest serta timbang. Both benih kami tanam serentak dan harvest serentak selepas 80 hari.


Jom kita tengok hasil dia:

Comparison BTN dan Pakchong selepas 80 hari


Satu perdu napier BTN dapat 30 batang seberat 26kg


Satu perdu napier Pakchong dapat 14 batang seberat 11kg


Disini kita boleh lihat perbezaan berat dan jumlah batang yang ketara antara BTN dan Pakchong, 26kg(30 batang) berbanding 11kg(14 batang). Biasanya lepas harvest, napier akan naik lagi banyak and lagi cepat pertumbuhan. Kami akan monitor growth rate lepas harvest dan update disini.


Untuk kebun kami, memang BTN lebih sesuai dengan keadaan tanah kami sebab so far BTN tak kena penyakit kulat hitam manakala Pakchong hampir semua kena penyakit tu.

Once kena penyakit tu, growth rate Pakchong akan terbantut dan slow2 kering dan mati.


Berdasarkan faktor2 ini, kami decide untuk tanam Phase 2 exclusively guna benih BTN dan akan slow2 gantikan napier Pakchong dan India di Phase 1 dengan benih BTN.

1,443 views

Recent Posts

See All

1 Komentar


abdul malik
abdul malik
08 Des 2022

Terbaik la... padu

Suka
bottom of page