top of page
Writer's picturemuzzein malek

Napier Analysis 2 : Kepentingan bahan organik dalam tanah.

Untuk Phase 2, saya perasan yang pertumbuhan napier tidak sekata. Ada tempat yang sangat subur dan ada tempat yang perlahan. Pada mulanya saya ingat tempat yang x subur sebab kurang baja, jadi saya pon tabur baja tahi ayam dan baja NPK. Ada improvement tapi still x explain kenapa ada tempat yang subur sangat.


Jadi saya check balik gambar progress Phase 2 yang saya ambil guna drone, kaji punya kaji, saya tengok balik gambar masa saya buat land clearing dan stacking kayu untuk dibakar. Finally saya jumpa punca kesuburan yang melampau di beberapa kawasan. Boleh refer gambar di bawah


Pertumbuhan napier Phase 2 lepas 56 hari.

Kawasan stacking dan bakar kayu masa land clearance Phase 2 awal2 dulu.


Boleh nampak tak persamaan antara 2 gambar ini? Tempat yang napier paling subur adalah tempat stacking dan bakar kayu. Lepas saya buat research, ini terjadi kerana tempat tersebut ada kehadiran biochar. Biochar adalah sisa organik yang tinggal lepas pembakaran kayu, mainly karbon dan abu.


Biochar akan menjadi perumah kepada microorganism yang diperlukan oleh tanah untuk menjadikan tanah itu subur. Microorganism akan melakukan hubungan simbiosis dengan akar tumbuhan di mana tumbuhan melalui proses fotosintesis akan membekalkan simple carbs sebagai makanan kepada microorganisms ini dan microorganisms ini akan membalas dengan membawa ke sistem akar nutrien dari tanah yang diperlukan oleh tumbuhan.


Boleh refer pasal biochar di sini : https://youtu.be/7qVcEvKEfGc


Harap perkongsian ilmu saya ni dapat membantu ramai petani.

296 views

Comments


bottom of page