Pasti ramai yang tunggu tentang data ini. Hasil (yield) per ekar ini sangat penting kerana data ini akan menentukan samada tanam napier ini viable atau tak. Untuk post ini, saya akan share data saya sendiri dari Phase 2 Ladang Napier PD saya.
Phase 2A, luas kawasan 0.33 ekar, gambar sebelum harvest. Boleh nampak ade area yang x subur dan napier masih kecil. Purata usia napier adalah 65 hari sebelum diharvest.
Phase 2A selepas harvest. Hanya mengambil masa kurang dari 4 jam untul siap, 5 orang pekerja dan 1 hilux. Akses jalan sangat penting untuk memudahkan kerja2 harvest napier.
Untuk 2nd harvest Phase 2A ini, saya dapat 2.75 tan silaj dan 230kg benih. So total hasil lebih kurang 3 tan. Kalau kita extrapolate data ini, 1 ekar napier di ladang PD boleh dapat 10 Tan hasil. Bagi saya data ini kurang memuaskan kerana saya target 15-20 Tan per ekar.
Saya dah kenal pasti improvement yang boleh dibuat antaranya:
Focus untuk suburkan kawasan yang x subur dengan baja tahi ayam dan biochar
Sulam benih napier di perdu yang terjejas/mati
Pengawalan rumput liar dengan gunakan racun sentuh agar rumput liar tak bersaing dengan napier pada awal pertumbuhan napier
Tabur baja urea di semua perdu
Harap dengan langkah di atas, ade improvement yield per ekar untuk 3rd harvest di Phase 2A, expected hujung Februari 2023. Diharap data yang saya share ini dapat membantu penanam2 napier lain.
Semoga dipermudahkan.
Comments