top of page
  • Writer's picturemuzzein malek

Sembang Data : Plot 1A dan 2A Lenggeng


Harini saya nak share data 1st dan 2nd harvest plot 1A dan 2A di ladang Lenggeng. Sejujurnya yield untuk plot 1A ni sangat tak memberansangkan. Manakala yield untuk plot 2A pula sangat bagus, especially untuk 1st harvest. Kesemua plot ditanam dengan napier BTN/CO5 (benih yang sama, nama berbeza)



Plot 1A luas 1 ekar


1st harvest selepas 85 hari :

115 beg silaj ( 1 beg 25kg)

2,875 kg total

2.875 Tan


2nd harvest selepas 60 hari :

121 beg silaj (1 beg 25kg)

3,025 kg total

3.025 Tan


Plot 2A luas 1 ekar


1st harvest selepas 90 hari :

425 beg silaj (1 beg 25kg)

945kg benih

11,570 kg total

11.57 Tan


2nd harvest selepas 60 hari :

260 beg silaj (1 beg 25kg)

6,500 kg total

6.5 Tan


Untuk berbaloi, 1 ekar perlu mengeluarkan hasil sekurang-kurangnya 10 tan per harvest. Disini dapat tengok data yang sangat berbeza antara 1A dan 2A.

Yield 1A lebih kurang separuh dari 2A. Oleh itu kita perlu analisis punca yield yang sangat berbeza ini.

Dan saya jumpa 2 faktor utama yang pada pendapat saya mempengaruhi beza hasil ini.



1.Faktor usia benih

Perbezaan paling ketara antara 1A dan 2A adalah usia benih. Untuk 1A saya tanam benih napier yang sangat tua, dalam usia 7-8 bulan. Benih tu ringan dan macam nak kering. Untuk 2A pula, usia benih 3-4 bulan, masih berat dan segar.


Pada pendapat saya, kalau benih napier kita tua sangat, ia akan ambil masa yang lama untuk keluar tunas baru kerana priority benih tu adalah untuk survival dan tak nak kering. Pendapat ini disokong oleh data kerana walaupun plot 2A saya tanam lambat sebulan dari plot 1A, tapi growth rate dia lagi laju dan pada usia 1 bulan lebih, saiz napier 2A dah lebih besar dari 1A.


Boleh nampak plot 2A lagi rimbun napier dari 1A walaupun lambat 30 hari tanam


Lagi satu, jika napier ambil masa yang lama untuk tumbuh tunas dan membesar, kemungkinan tinggi rumput liar pun akan tumbuh sama sama dengan napier dan berlaku persaingan nutrien. Kalau napier tumbuh laju dan merimbun, rumput liar susah nak hidup kerana kurang dapat cahaya matahari keran terlindung dengan rimbunan daun napier.


Plot 2A sebelum first harvest



2. Baja tahi ayam

Satu lagi perbezaan ketara adalah, plot 1A saya tak plow tanah dengan baja tahi ayam dan sekam padi bakar dengan traktor. Ini kerana traktor masuk dulu sebelum baja tahi ayam sampai, jadi saya proceed plow dan rotor tanah dulu. Tujuan plow tanah sekali dengan baja tahi ayam dan sekam padi bakar adalah untuk menambah bahan organic dalam tanah dan meningkatkan kesuburan tanah.


Untuk plot 2A, saya pastikan baja tahi ayam dan sekam padi bakar sampai dulu baru panggil traktor masuk untuk plow dan rotor tanah. We learnt from our mistakes. Persediaan tanah ini terbukti berkesan di plot 2A kerana yield napier per ekar yang sangat memberansangkan.


Tabur sekam padi bakar dan baja tahi ayam sebelum trantor plow tanah


Cuma saya notice, rumput liar juga akan tumbuh laju dan rancak di plot 2A kerana nutrien yang cukup. Oleh itu plot management sangat penting untuk menghasilkam yield yang optimum.


Untuk next post, saya akan share steps taken to improve yield dekat plot 1A. Harap tulisan saya ini bermanfaat untuk semua.



Untuk tempahan silaj napier (25kg beg) dan benih napier BTN/CO5 boleh contact:


Boleh follow tiktok Napier Selatan untuk banyak info berkaitan rumput Napier.







211 views

Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page