top of page
  • Writer's picturemuzzein malek

Tips Benih Napier Part 1

Updated: Jun 10, 2023

Disini saya ingin share beberapa tips dan lesson learnt berkaitan benih napier berdasarkan pengalaman saya sendiri.


1. Pastikan pemilihan baka benih yang berkualiti.

Ini merupakan langkah yang paling penting kerana proses tanam napier hanya sekali sahaja dan harvest berkali-kali. Target utama menanam napier samada tanah kecik atau besar adalah hasil(yield) yang banyak per ekar. Oleh itu, pemilihan baka napier untuk ditanam memang perlu dititik beratkan.


Bagi saya, berdasarkan R&D sendiri, saya pilih untuk tanam napier BTN kerana hasilnya 2.5 ke 3 kali ganda lagi banyak dari napier Pakcong. Boleh rujuk data saya di sini. Walaupun harga pasaran benih BTN agak tinggi namun hasilnya yang banyak membuatkan ia berbaloi.


Rumput napier BTN berusia 60 hari.



2. Pastikan beli benih dari Trusted Seller.

Sudah ada banyak kes seller hantar benih jenis lain dekat customer. Contoh dia cakap benih BTN, tapi yang hantar benih Pakcong. Kalau boleh, elakkan beli kuantiti besar benih napier secara online. Lebih baik guna konsep Cash on Delivery(COD). Bayar lepas terima dan inspect benih.



3. Pastikan usia benih sebelum beli.

Elok kita tanya seller berapa usia benih napier yang nak dijual itu. Kalau nak beli kuantiti besar, eloklah pergi melawat ladang seller tu untuk mengurangkan risiko dapat benih yang tak berkualiti.


Usia benih tak boleh terlalu muda atau tua.

Mengikut pengalaman saya, benih yang sesuai berumur antara 3-4 bulan. Saya pernah tanam benih tua, 7-8 bulan, tapi benih tua itu mengambil masa yang lama untuk tumbuh kerana sudah keras dan kering macam kayu. Sebulan pertama benih tua itu gunakan hanya untuk repair sistem akar dan tunas baru pun tak berapa lebat.



4. Preparation benih sebelum tanam.

Jangan terus tanam, elok peram benih di kawasan lembap dan tak kene direct cahaya matahari untuk elak benih kering. Lagi satu, pastikan tunas baru dan akar putih sudah keluar sebelum kita transfer dan tanam dekat tanah. Ini untuk membantu benih tumbuh dengan cepat dan tidak mati kering.


Benih yang dah diperam dalam guni, tunas dan akar sudah keluar


Boleh follow tiktok Napier Selatan untuk banyak info berkaitan rumput Napier.


Untuk tempahan silaj napier (25kg beg) dan benih napier BTN/CO5 boleh contact:


693 views

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page