top of page
  • Writer's picturemuzzein malek

Tips untuk tanam benih napier

Updated: Sep 8, 2022

Kami ingin berkongsi cara prepare benih napier berdasarkan pengalaman kami. Harap dapat membantu.


  • kalau beli benih napier, biasanya seller akan letak dalam guni/plastik dan during delivery biasanya benih akan terperap selama beberapa hari. Bila sampai, keluar dan sebarkan benih dekat tempat yang rata. Tujuan utama adalah untuk pengudaraan benih untuk elakkan benih naik kulat dan boleh buat benih mati. Bila ada benih yang dah naik kulat, dia akan tersebar dengan cepat dekat benih2 yang lain.

  • Lepas tu, kita kene plan bila nak tanam benih tu. Kalau dalam sehari dua, boleh la siram sekali sehari benih tersebut supaya kekal lembap dan menggalakkan pertumbuhan tunas baru. Macam cara saya, saya beli Tray but kereta di MR DIY dan letak benih dalam tray leper ni. Lepas tu saya letak sedikit air untuk biar benih kene air tapi bukan tenggelam dalam air, kemudian saya tutup dengan guni supaya benih x kering kalau kene cahaya matahari.

  • dengan cara ini, lepas 2-3 hari kita boleh tengok tunas baru dan akar janggut akan start keluar. Boleh dah kita start tanam benih tu dekat tanah. Kalau boleh gunakan Teknik 3M seperti yang saya explain dekat post ini.


  • Ni contoh benih yang terperap dalam guni selama seminggu. Kami sebarkan dan ratakan benih2 tersebut untuk pengudaraan dan kurangkan moisture supaya kulat tak merebak dengan lebih teruk lagi.


Benih yang dah terperap selama seminggu dah start kene kulat

Sebar dan ratakan benih untuk tujuan pengudaraan dan kurangkan moisture


Contoh cara susun benih yang kami buat, kami akan letak air sedikit supaya benih jadi lembap dan untuk galakkan pertumbuhan akar


Selepas 4 hari, akar putih dah mula tumbuh dekat benih

423 views

Recent Posts

See All

Commentaires


bottom of page